Subscribe

Friday 30 December 2011

Khinzir tersunyi di dunia, Jepun.


Jurugambar AP, David Guttenfelder telah membuat kerja journalis untuk National Geographic di sebuah kawasan yang telah dicemari dengan bahan nuklear. Di dalam gambar ini, kelihatan seekor khinzir berada di tepi jalan di dalam sebuah kawasan petempatan penduduk pusat bandar Namie yang terletak 6 kilometer dari pusat reaktor nuklear yang telah tercemar. Dilaporkan seluruh penduduk Namie kini telah berpindah untuk mengelakkan dari kesan nuklear yang berbahaya setelah bencana alam gempa bumi telah melanda sebahagian Jepun, tahun 2011.

Hiasan Dalaman: Rekaan dinding kontemporari (6 gambar)

Wall panel yang menarik ini merupakan salah sebuah idea yang menarik dan boleh dipraktikkan bagi mereka yang inginkan kelainan pada dinding rumah, pejabat mahupun bilik spesifikasi yang diinginkan. Yang menariknya, rekaan ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan senang dilakukan. Tak perlu lagi berdepan dengan bau cat dinding yang memeningkan kan? Idea ini diberikan oleh Anne Kyrro Quinn (website). Sila klik tajuk post untuk entry penuh.

Penggayaan mewah dan matang oleh kanak-kanak, majalah Vogue (7 gambar)

Gambar-gambar di bawah pernah mendapat bantahan daripada masyarakat antarabangsa. Majalah Vogue dikatakan telah mengeksploitasi kanak-kanak untuk kepentingan majalah mereka. Tapi dari sudut lain, saya rasa semua dari kita pernah menjadi kanak-kanak seperti di bawah. Memakai alat solek, pakaian ibu, berkasut tinggi sepanjang hari dan macam-macam lagi cara untuk kelihatan seperti wanita bergaya. Mungkin apabila kanak-kanak ini digayakan dalam majalah glamour sudah tentu nampak seperti pengeksploitasian. Walaupun sebenarnya ia adalah jelmaan impian masa lepas tentang setiap dari kita. Sila klik tajuk post untuk entry penuh.

Persediaan pengikut kaum Mayan untuk bencana 2012 (17 gambar)

Mengikut kepercayaan kaum Mayan, mereka meramalkan penghujung tahun 2012 ialah hari pembinasaan bumi. Ala yang macam korang selalu paste-paste dekat facebook pasal kiamat 2012. Haiz... tapi apapun mari kita lihat persediaan menghadapi bencana ramalan Mayan oleh pengikut mereka. Sila klik tajuk post untuk berita penuh.

 

Cara Menanam Bunga Yang Cool (5 Gambar)

Cool sangat cara penanaman bunga ni dan sesuai untuk mereka yang mempunyai ruang rumah kecil tetapi suka menanam bunga atau tumbuhan yang lain. Cara yang diunik ini diilhamkan oleh Patrick Morris di mana bunga telah ditanam secara terbalik dan boleh digantungkan di siling rumah. Sesuai untuk jenis bunga yang ringan seperti orkid. Sila klik tajuk post untuk entry penuh.

Link Lain

Pesta Buih, Lancashire (6 gambar)

 link lain : blog lama (link)

Tahun ini musim salji tidak berapa menjadi di sesetengah kawasan di dunia akibat pemanasan global. Tetapi kali ini pula, dunia dikejutkan pula dengan fenomena hujan buih di beberapa kawasan pantai di Blackpool. Sepanjang Anchorsholme, Cleveleys berhampiran resort Lancashire, kawasan ini seolah-olah telah ditutupi dengan permaidani yang berupa buih. DIkatakan buih-buih tersebut merupakan kesan pencemaran seperti tumpahan minyak dari sisa industri perkilangan mahupun perkapalan. Sila klik tajuk post untuk berita penuh.