Subscribe

Showing posts with label Ekspresi Seni. Show all posts
Showing posts with label Ekspresi Seni. Show all posts

Tuesday, 10 January 2012

Projek Grafiti Wall Terbesar, Montreal (6 gambar)

Selama 16 hari berturut-turut, 5 orang artis dari Montreal telah bertungkus lumus untuk menghasilkan sebuah karya semburan grafiti yang terbesar. Mural yang indah inspirasi dari Mother Nature Esque-Madonna atau dalam versi moden yang dipanggil 'Our Lady Of Grace'. Inspirasi besar oleh Czech Art Nouveau artis Alphonse Mucha, krew-krew ini telah menghasilkan karya massive ini dengan menggunakan 500 tin penyembur warna dan lebih dari 50 jenis warna. Projek yang menarik ini telah menarik perhatian penduduk sekitar di mana pada mulanya mereka beranggapan bahawa ini adalah sebuah mural pengiklanan. Selama 16 hari, kerja-kerja ini telah menarik orang untuk datang ke sana bagi melihat proses penghasilan karya ini. Dan krew-krew ini berharap agar usaha ini dapat diteruskan untuk mencantikkan lagi sekitar bandar tersebut dengan warna-warni mural grafiti yang indah. Sila klik tajuk post untuk melihat berita penuh.

Seni menggunakan Rubik's Cube (7 gambar)

Siapa yang tidak mengenali Rubik's Cube. Permainan memerlukan ketangkasan jari dan akal ini boleh dikatakan dilalui oleh semua manusia di zaman ini. Artis dari Space Invander Perancis telah mencipta beberapa karya hasil seni dengan menggunakan ribuan rubik ini. SIla klik tajuk post untuk berita penuh.

Monday, 9 January 2012

Ukiran skulptur dari pisang. (8 gambar)

Buah pisang ialah buah pisang yang agak fragile la juga kalau dalam bidang seni ni. Korang rasa berapa lama telah diperuntukkan untuk mengukir pisang pelbagai bentuk seperti di bawah? Korang pun tahu kan pisang tak boleh terdedah sangat dengan udara apabila sudah terbuka, mudah menjadi hitam dan rosak. Apa kata kita lihat seni skulptur yang telah dihasilkan dari pisang ini. Sila klik tajuk post untuk full entry.

Sunday, 8 January 2012

Anugerah 'Buku Kehidupan' dan Rama-Rama, David Kravoc (6 gambar)

Uniknya hasil ekspresi seni oleh David Kravoc ini. Beliau telah ditugaskan untuk mencipta sebuah anugerah sebagai tanda penghormatan kepada bekas pengarah organisasi Kanak-Kanak Chabad di Chernobyl. Anugerah  ini dipanggil sebagai 'Book Of Life" yang mendapat inspirasi dan diilhamkan oleh kehidupan seorang lelaki yang bernama Rabbi Yossy Raichik di mana beliau telah menyelamatkan beribu-ribu nyawa kanak-kanak dari kesan buruk bencana Chernobyl. Arca logam ini mempunyai halaman yang dipenuhi dengan kata-kata motivasi dan komposisi kiasan rama-rama sebagai subjek. Ianya mewakili sejumlah 2, 547 kanak-kanak yang telah dibantu oleh Rabbi Yossy Raichik. Sila klik tajuk post untuk melihat keseluruhan entry.

Saturday, 7 January 2012

Hasil karya dari selotep kertas, Mark Khaisman (10 gambar)

Dikatakan karya yang menggunakan selotep kertas ini merupakan satu-satunya yang ada di dunia. Gaya seni yang dianggap ganjil ini diekspresikan oleh artis Max Zorn. Beliau menggunakan beratus-ratus pita selotep untuk menghasilkan potret-potret yang cantik ini. Inspirasi beliau bermula apabila dia telah melihat seorang kawa yang bekerja sebagai pereka kereta dan sering menggunakan pita yang nipis untuk melekatkan paparan idea mereka di papan besar. Selepas dari itu, Maz mula menakluk jalan-jalan di bandar dengan menghiaskan lekatan seni yang sangat unik ini. Selain dari pita selotep kertas ini, dia juga menggunakan jenis-jenis pita yang lain. Sila klik tajuk post untuk melihat post penuh.

Thursday, 5 January 2012

Binaan LEGO berdasarkan perkara hits tahun 2011 (10 gambar)

Sila klik tajuk post untuk berita penuh.

  • April 2011 - The Royal wedding
  • May 2011 - US president Barack Obama and his national security team were picture in a now famous photo watching the mission to kill Osama bin Laden unfold in real time.

Vintage : Mesin Taip Chromatik yang boleh mewarna (3 gambar)



Pelukis Tyree Callahan dari Amerika Syarikat telah mengubasuai sebuah mesin taip chromatic 1937, menggantikkan huruf-huruf pada mesin taip tersebut kepada kandungan warna termasuk level hue sebagai fungsi mesin taip-mewarna. Inovasi ini telah dihantar turut serta ke Anugerah Barat 2012 (2012 West Prize) baru-baru ini. Pertandingan itu diadili menerusi tindakan vote paling banyak.

 Sila klik tajuk post untuk berita penuh.

Festival Seni Gothik, Jerman (10 gambar)

Ada sesapa reader sini peminat dunia gothik tak? Saya minta maaf kalau frasa yang digunakan dalam entry ni adalah tidak tepat. Kurang pasti pasal dunia gothik ni. Apapun saya nak kongsikan sebuah festival seni gothik yang dipanggi Wave Gotik Treffen Festival yang diadakan setiap tahun di Jerman. Festival seni ini merupakan sebahagian daripada intipati muzik 'gelap' dan merupakan acara terbesar di dunia dari majoriti Goth. Beratus band dan artis dari pelbagai latarbelakang akan mengambil bahagian menyertai festival ini pada setiap tahun. Selain daripada konsert nyanyian, festival ini juga mengadakan pameran seperti barangan dari zaman pertengahan, konsep gothik serta kebudayaan masyarakat itu sendiri. Sila klik tajuk post untuk entry penuh.


Seni Potongan Daun oleh Lorenzo Duran (5 gambar)

Amazing dan sangat super! Itulah yang mampu dikatakan apabila melihat hasil seni oleh Lorenzo Duran. Hasil tangan ini boleh dijadikan hadiah istimewa mana-mana hari peristiwa pun. Potongan-potongan halus yang dilakukan adalah sangat teliti dan sudah pasti memerlukan passion seni yang sangat dalam. Artis seni dari Sepanyol itu mengatakan sebelum memotong daun-daun tersebut, beliau terlebih dahulu akan mengeringkan di dalam acuan khusus untuk mendapat bentuk yang bagus. Sila klik tajuk post untuk entry penuh.

Tuesday, 3 January 2012

Skulptur dari potongan kayu sebatang pokok (2 gambar)

Potrait dari 5, 500 askar mainan (6 gambar)

Fuh! gilalah! Seorang artist Joe Black telah menghasilkan sebuah potrait di atas bod menegak dengan menggunakan askar mainan sebanyak 5, 500 biji. Selain daripada askar mainan, Joe Black juga menggunakan lencana pin, permainan lego dan pelbagai benda kecil yang lain untuk menghasilkan bermacam-macam lagi bentuk di atas bod. Sila klik tajuk post untuk melihat entry penuh.

Monday, 2 January 2012

Street Art: Kempen Anti Plastik, Slovenia (3 gambar)

Ini merupakan sebuah kempen di tepian jalanan yang sangat menarik. Ia boleh dipraktikkan oleh sesiapa saja yang mencintai alam sekitar. Sebenarnya projek seni yang diberi nama The Rise Of The Fall di Slovenia ini diilhamkan oleh Miha Artnak. Beliau telah menggantikan daun pokok yang asal dengan cebisan-cebisan plastik terpakai dan beliau berharap semoga projek seni ini memberikan mesej yang jelas kepada dunia tentang kepentingan alam sekitar dan pencemaran alam. Sila klik tajuk post untuk berita lanjut.