Subscribe

Tuesday, 10 January 2012

Projek Grafiti Wall Terbesar, Montreal (6 gambar)

Selama 16 hari berturut-turut, 5 orang artis dari Montreal telah bertungkus lumus untuk menghasilkan sebuah karya semburan grafiti yang terbesar. Mural yang indah inspirasi dari Mother Nature Esque-Madonna atau dalam versi moden yang dipanggil 'Our Lady Of Grace'. Inspirasi besar oleh Czech Art Nouveau artis Alphonse Mucha, krew-krew ini telah menghasilkan karya massive ini dengan menggunakan 500 tin penyembur warna dan lebih dari 50 jenis warna. Projek yang menarik ini telah menarik perhatian penduduk sekitar di mana pada mulanya mereka beranggapan bahawa ini adalah sebuah mural pengiklanan. Selama 16 hari, kerja-kerja ini telah menarik orang untuk datang ke sana bagi melihat proses penghasilan karya ini. Dan krew-krew ini berharap agar usaha ini dapat diteruskan untuk mencantikkan lagi sekitar bandar tersebut dengan warna-warni mural grafiti yang indah. Sila klik tajuk post untuk melihat berita penuh.

Kamera Holga kini dalam versi digital (10 gambar)

Penggemar kamera jenama Holga kini boleh menikmati Holga D di mana ia telah dicipta dalam bentuk digital. Jom kita tengok review secara gambar, sila klik tajuk untuk berita penuh.

Hiasan luaran rumah di dalam rumah cara Jepun (6 gambar)

Ok, jangan fening-fening. Sebenarnya hiasan ini adalah idea yang direka oleh sebuah firma senibina Jepun Takeshi Hosaksa. Di Yamanashi, rumah ini telah direka berikutan permintaan pelanggan ini membuat hiasan luaran rumah dibawa masuk ke dalam bangunan rumah. Dipanggil sebagai Outside In House, pelanggan menginginkan bunyi-bunyi alam semulajadi apabila masuk ke dalam rumah. Ini merupakan sebuah idea yang menarik bagi mereka yang mencintai kedamaian dan alam semulajadi. Satu aspek yang menarik di mana, reka bentuk ini mempunyai dinding telus dan juga boleh dibuka pada bila masa. Panel dan lantai diperbuat dari binaan kayu serta plot taman kecil di hadapan dan beakang rumah. Terdapat juga bumbung khas yang terbuka dan hanya tingkap akrilik digunakan untuk membenarkan cahaya matahari terus masuk ke kawasan 'semulajadi' tersebut. Sila klik tajuk post untuk entry penuh.

Pejabat di tengah hutan. Euwmazing (7 gambar)

Kalau orang yang cintakan alam sekitar, pasti bersetuju untuk bekerja dalam ruang kerja sebegini. Lari dari hiruk pikuk hingar bingar kota batu, kurang pencemaran, tiada kesesakan lalu lintas dan lain-lain lagi. Marilah kita menjaga hutan kita dan bina banyak-banyak pejabat macam ini. Sila klik tajuk post untuk entry penuh.

Pesta memancing ikan di dalam sungai beku, Korea Utara (8 gambar)

Hwacheon merupakan kawasan utama beku di Korea Utara di mana sungai yang beku boleh menjadi setebal 16 inci ketika bulan Januari. Semasa inilah, penduduk di kawasan ini akan keluar beramai-ramai untuk menangkap ikan trout. Hwacheon Sancheoneo Ice Festival merupakan acara tahunan yang disambut ketika musim sejuk dan mampu menarik 1 juta pengunjung setiap tahun. Untuk mempromosikan acara tahunan terbesar ini, pihak pennganjur akan menjalankan pelbagai aktiviti yang menarik tetapi acara memancing ikan di dalam Sungai Bukhangang yang membeku adalah yang paling digemari sekali. Prosesnya adalah muda, peserta hanya perlu membeli pelampung kecil dan mencari lubang di atas sungai beku dan mulakan memancing. Hampir 11, 000 lubang ais sungai beku ditemui setiap kali acara tahunan ini. Manakala 32 tan ikan trout telah dilepaskan ke dalam sungai untuk kemeriahan ini. SIla klik tajuk post untuk berita penuh.

Evolusi alat pencabut gigi. Sewrammm (10 gambar)

Tak hairanlah bila ada di antara kita atau orang-orang yang terdahulu gerun sangat kalau bab sakit gigi dan nak p cabot gigi. Kita zaman ni sangat bertuah sebab dah ada suntikan bius sebelum gigi yang dah rosak tu kena cabot. Sewram! Sila klik tajuk post untuk berita penuh.

Hari Tanpa Seluar Setiap Januari, seluruh dunia (10 gambar)

It's okay kalau kita berpeluang melihat cara hidup orang lain di negara luar. Pandai-pandai korang nak nilai yang buruk dan sebaliknya. Macam dalam post kali ni, kalau korang dekat New York dan tak baca internet or something mesti terkejut kenapa ada pula tiba-tiba korang nampak orang hanya pakai pakaian kecik dekat badan. Improv Everywhere merupakan sebuah kumpulan yang bertanggungjawab mengadakan event annual The No Pants Subway Ride pada setiap Januari di Kota New York. Sebenarnya misi ini dimulakan oleh 7 orang lelaki yang telah banyak pengalaman mengikuti perayaan gila-tak-masuk akal di seluruh dunia. Idea di sebalik event ini adalah mudah; di mana setiap peserta dikehendaki berada di dalam subway ketika pertengahan musim sejuk tanpa memakai seluar panjang dan sekurang-kurangnya seluar kecil seperti seluar dalam. Peserta juga dikehendaki berlagak seperti biasa dan dibenarkan memakai baju kot sejuk, topi, sarung tangan mahupun skarf. Event ini memang nampak gila, tetapi mendapat sambutan hangat di seluruh dunia apabila beberapa buah negara juga turut serta. Sila klik tajuk post untuk melihat full entry.

Tinggal sekeluarga di dalam gua (10 gambar)

Tajuk post mungkin nampak cam biasa. Manusia tinggal di dalam gua berlaku sejak zaman dahulu kala. Tetapi zaman sekarang pun masih ada yang sanggup tinggal di dalam gua. Seperti kelurga The Sleeper ini, Curtis, Deborah dan 3 orang anaknya tinggal di dalam gua tetapi di dalam keadaan serba moden dan legkap. Gua yang terletak di Missouri ini mempunyai ruang tinggal 17, 000 kaki persegi luasnya. Sila klik tajuk post untuk entry lengkap.

Basikal LED yang sesuai untuk malam hari (5 gambar)

Ini maybe berita slowpoke sebab benda ni pun dah 2-3 tahun jugalah kiranya. Agak menarik juga bila dapa bawa basikal macam ni pada waktu malam. Sekurang-kurangnya dapat memberi tarikan kepada pengguna jalan raya lain agar berhati-hati dengan pengguna kenderaan basikal. Sila klik tajuk post untuk berita penuh.

Restoren Hello Kitty baru dibuka di Beijing (15 gambar)

Sebuah restoren bertemakan Hello Kitty baru dibuka di Beijing pada 23 Disember tahun lepas. Dari hiasan dalaman sehinggalah ke menu makanan semuanya menggunakan inspirasi dari Hello Kitty ini. Tambahan maklumat, jom kita lihat tempat-tempat lain seperti taman tema, hotel dan hospital bersalin yang telah menggunakan tema Hello Kitty sebagai tarikan utama pengunjung ke sini. Sila klik tajuk post untuk melihat full post.


Seni menggunakan Rubik's Cube (7 gambar)

Siapa yang tidak mengenali Rubik's Cube. Permainan memerlukan ketangkasan jari dan akal ini boleh dikatakan dilalui oleh semua manusia di zaman ini. Artis dari Space Invander Perancis telah mencipta beberapa karya hasil seni dengan menggunakan ribuan rubik ini. SIla klik tajuk post untuk berita penuh.