Kesian pula tengok ayam-ayam ni bila tidak berada di dalam keadaan yang asal. Camana nak survive dari kesejukan ni? Ayam tanpa bulu pelepah ini merupakan hasil kajian seorang pakar genetik dari Israel, Avigdor Cahaner. Beliau telah mencipta genetik ayam tanpa bulu pelepah yang pertama di dunia melalui Institut Rehovot Agronomi berhampiran Tel AViv, PALESTIN. Menurut Avigdor, idea ini dilaksanakan untuk mengurangkan kos untuk memproses daging ayam. Pengusaha tidak perlu mengupah lebih untuk mencabut bulu pelepah sebelum dipasarkan.
Tindakan Avigdor ini mendapat provokasi daripada masyarakat sekitar bahawa perubahan genetik ini tidak memberi manfaat kepada haiwan dan sebaliknya menjadikan haiwan itu lebih teruk keadaannya. Ayam jantan tidak dapat mengawan dengan sempurna disebabkan tidak mempunyai kepak untuk memikat ayam betina. Ayam-ayam ini juga lebih mudah terdedah dengan parasit, penyakit kulit, serangan nyamuk dan variasi suhu serta faktor cuaca yang sesuai.
Walaubagaimanapun hal ini disangkal oleh Avigdor dan mempertahankan pendapatnya bahawa ayam-ayam ini bukan diubahsuai secara genetik dan memberi pendapat bahawa ia datang dari sat baka semulajadi yang mula wujud sejak suku abad yang lepas. Profesor tersebut spesis ini juga boleh membekalkan ayam daging pada kadar yang tinggi. Kajian ini kali pertama didengar sekitar 2002, tetapi setakat ini sudah tiada kedengaran. Kekurangan maklumat terkini di dalam media mengenai ayam ini menunjukkan ciptaan Avignor adalah tidak komersial. Sila klik tajuk post untuk entry penuh.
Subscribe
Wednesday, 4 January 2012
Rumah Terrarium untuk Pokok Bongsai
Ciptaan Fort Standard ini sememangnya menarik bagi mereka yang menyukai hobi menanam bunga atau pengkhususan penanaman bongsai. Terrarium diperbuat daripada kayu mapel dan berdinding kaca. Manakala terrarium ini berfungsi seperti kaki tripod di mana pada bahagian bawah rumah bongsai boleh diputar-putarkan. Terrarium ini sesuai untuk rumah yang selalu menerima kunjungan tetamu. Ya la, semua maklum bongsai mengambil masa yang lama untuk menjadi benar-benar bersaiz bongsai. Tetamu dapat melihat kecantikan pokok bongsai dari arah luar rumah bongsai. Menarik.
Labels:
Rekaan Produk
Hiasan Dalaman Sebuah Kedai Bunga (4 Gambar)
Ouch! Wanita dan bunga ataupun hiasan dalaman rumah tidak dapat dipisahkan. Lagi-lagi sekarang ni pun orang lelaki pun suka juga benda-benda macam ni. Kali ini The Blogpedia membawa pembaca untuk melihat hiasan dalaman sebuah kedai bunga. Dengan menggunakan dinding dan lantai kayu, menjadikan kedai bunga ini sangat cozy dan mewah. Di siling, kedai bunga hasil rekaan Denis Belenko ini, dia telah menggunakan lampu grand pendant yang mampu membuatkan kedai bunga ini ada kelasnya tersendiri. Penggunaan cermin see through pada bahagian hadapan kedai dapat menarik minat pembeli untuk masuk ke dalam kedai. Selain daripada itu juga, ia dapat menjadikan ruang dalaman kedai ini seperti ruang yang luas dan selesa. Sila klik tajuk post untuk berita lanjut.
Labels:
Hiasan Dalaman
Vintage: Kitar Semula Beg Pakaian Zaman P Ramlee ( 3 gambar)
Oh Man! Saya pasti rumah korang pasti ada mempunyai beg-beg macam ni kan? Milik mak bapa tak pun nenek datuk ke? Yang menariknya beg pakaian tersebut boleh direkahias semula seperti gambar-gambar di bawah. Pereka James Plumb telah menghasilkan set almari atau drawer dengan menggunakan beg-beg lama ini. So, apa lagi? Bagi yang sukakan hiasan vintage, boleh mencuba mencipta sendiri perabot ini. Sila klik tajuk post untuk entry penuh.
Labels:
Rekaan Produk,
Vintage Lover
Lesung Batu Urban oleh Semiha Kan
Menarik betey peralatan dapur yang satu ini. Tapi kurang pastilah pula ketahanan fizikal lesung batu atau Cube Mortar & Pestle yang direka oleh Semiha Kan. Tambah-tambah lagi bila kaki makan belacan. Tak ada lesung, sambal belacan susah nak jadi. Yang menariknya lesung batu urban ini adalah ruang simpan untuk anak lesungnya. Lepas basuh, simpan saja di tempatnya. Tak adalah nak tergolek seperti selalu kan.
Labels:
Rekaan Produk
Melawat ke HQ dan Muzium Coca-Cola, Atlanta (25 gambar)
Seperti yang kita tahu, Coca Cola merupakan antara minuman yang paling digemari di seluruh dunia. Mula ditubuhkan di Atlanta pada tahun 1886 dan kini mereka mempunyai muzium jenama minuman ini sendiri. Sila lihat evolusi dan keunikan syarikat gergasi bertaraf dunia ini. Klik tajuk post untuk berita penuh.
Labels:
Arkitekstur Hebat
Bilik hotel pelbagai tema, Hotel Wanderlust, Singapura (30 gambar)
Lucu pula bila saya buat sedikit rujukan translation dekat Google Translation. Hotel Wanderlust diterjemah sebagai Hotel Nafsu Berkelana. Amboi, nakal Google Translation ni. Apapun nasihat saya kat korang, jangan ambil 100% ayat-ayat dari sana, guna akal sendiri untuk menterjemah bahasa inggeris ke bahasa melayu yang lebih mudah difahami dan sesuai dengan struktur ayat. Hotel Nafsu Berkelana (menurut Google Translation) ini sebenarnya merupakan sebuah bangunan tinggal terletak di Singapura dan telah dibina pada tahun 1920-an lagi. Taukeh Singapura yang bijak telah melakukan perubahan bangunan ini kepada sebuah hotel kapasiti 29 buah bilik tetapi yang uniknya, setiap bilik mengandungi tema dan reka bentuknya yang tersendiri. Contohnya tingkat pertama direka bentuk dengan gaya perindustrian era Cocotte dan restoren Perancis. Tingkat dua pula dengan gaya Panton di mana penggunaan warna-warna neon terang dan tingkat-tingkat seterusnya. Menarik juga. Sila klik tajuk post untuk berita penuh.
Labels:
Arkitekstur Hebat,
Rekaan Produk
Copy Paste 100% : It is illegal to kiss on train platforms in France
In 1910, a law was introduced in France that banned couples from kissing on train platforms to avoid delays and human traffic jams. Oddly, the law is still in force, although no formal penalty is given to kissing couples anymore.
Labels:
Copy Paste 100%
Baju benar-benar berbentuk T (inspirasi dari T-Shirt) - 8 gambar
Korang mestilah tau apakah baju T-Shirt, dah hari-hari kita pakai kan? Tetapi t-shirt mempunyai pelbagai jenis bentuk t-shirt. Hah! Di bawah merupakan pakaian yang betul-betul dibentuk atau direka dengan inspirasikan huruf T pada abjad A-Z. Perekanya yang berasal dari Jepun, Masashi Kawamura, telah mencipta pakaian bentuk T dengan menggunakan font terkenal seperti Helvetica, Caslon, Baskerville, Courier dan Cooper Black. Sila klik tajuk post untuk berita penuh. Agak sopanlah juga baju ni kan.
Labels:
Fashion Department
Cara hasilkan bentuk LOVE pada telur rebus. (8 gambar)
Pada mak-mak, bibik-bibik, gefren angkat yang rajin buatkan sarapan untuk anak-anak ataupun dah bosan dengan bentuk makanan setiap hari, korang bolehlah ikuti cara bentukkan telur rebus dengan bentuk LOVE ni hah. Kalau jual nasi lemak pun boleh juga apply benda ni, rasanya boleh tingkatkan minat orang nak makan ehehehe. Terutama budak-budak yang payah benar nak ejaskan pemakanan dorang. Buatkan pada bento pun ok. Sila klik tajuk post untuk melihat entry penuh.
Labels:
Food Lover,
Tips-Tips
Inginkan kelainan dalam Facebook anda? ( 3 gambar)
Kalau korang jadi pemandu keretapi bawah ni, komfem cuak bukan? hhaha. Inilah yang dilakukan oleh seorang pemuda dekat Rusia. Idea gila yang dianggap cool ni boleh buat orang strok. Beliau kerap melakukan benda-benda macam ni dan self taken picture pula tu. Lebih mengharukan siap upload gambar dalam akaun Facebook beliau sendiri. Klik tajuk post untuk berita penuh.
Labels:
Senyum Cipan
Subscribe to:
Posts (Atom)