Subscribe

Showing posts with label Ekosistem. Show all posts
Showing posts with label Ekosistem. Show all posts

Thursday, 5 January 2012

Dunia Makro Pasir Pantai (5 gambar)

Mungkin sebelum ini kawan-kawan dihidangkan gambar-gambar makro seperti kuman, fauna dan flora. Kali ini The Blogpedia akan menghidangkan dunia makro pepasir di pantai pula. Gila cantik bentuknya. Subjek di bawah telah melalui proses pemakroan sebanyak 250 kali. Pasir yang terdapat di pesisir pantai merupakan berasal dari pecahan coral, siput atau material dari gunung berapi seperti sisa volkano. Semua pecahan pasir ini terjadi secara biologikal seperti hempasan ombak, hakisan dan lain-lain lagi. Sila klik tajuk post untuk berita penuh.

Monday, 2 January 2012

Taman Botanikal New York, mini replika bangunan terkenal (4 gambar)

Menarik sungguh taman botanikal versi Kota New York ini. Terbaharu, New York Botanical Garden telah menghasilkan taman replika yang diberi nama Train Holiday Show di mana pelawat akan dapat melihat keindahan kota mini replika di dalam taman ini. Paparan utama taman ini adalah binaan bangunan-bangunan yang terkenal di dunia seperti Bangunan Empire State, Gereja ST Patrick, Terminal Antarabangsa John F Kennedy dan lain-lain lagi. Yang menariknya, binaan-binaan replika ini dibuat daripada sumber tumbuh-tumbuhan serta dikelilingi dengan pelbagai jenis tumbuhan hiasan. Pameran ini dibuat sehingga 16 Januari 2012. SIla klik tajuk post untuk melihat entry penuh.

Street Art: Kempen Anti Plastik, Slovenia (3 gambar)

Ini merupakan sebuah kempen di tepian jalanan yang sangat menarik. Ia boleh dipraktikkan oleh sesiapa saja yang mencintai alam sekitar. Sebenarnya projek seni yang diberi nama The Rise Of The Fall di Slovenia ini diilhamkan oleh Miha Artnak. Beliau telah menggantikan daun pokok yang asal dengan cebisan-cebisan plastik terpakai dan beliau berharap semoga projek seni ini memberikan mesej yang jelas kepada dunia tentang kepentingan alam sekitar dan pencemaran alam. Sila klik tajuk post untuk berita lanjut.


Friday, 30 December 2011

Cara Menanam Bunga Yang Cool (5 Gambar)

Cool sangat cara penanaman bunga ni dan sesuai untuk mereka yang mempunyai ruang rumah kecil tetapi suka menanam bunga atau tumbuhan yang lain. Cara yang diunik ini diilhamkan oleh Patrick Morris di mana bunga telah ditanam secara terbalik dan boleh digantungkan di siling rumah. Sesuai untuk jenis bunga yang ringan seperti orkid. Sila klik tajuk post untuk entry penuh.

Link Lain