Subscribe

Wednesday 28 December 2011

Serangan bom semasa malam perayaan, Nigeria (6 gambar)

Kumpulan masyarakat antarabangsa mengutuk tindakan sebuah radikal agama di Nigeria yang telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 nyawa telah terkorban apabila serangan bom disasarkan kepada penganut yang keluar dari gereja semasa malam krismas yang lepas. Dikatakan kumpulan radikal Boko Haram yang mengaku bertanggungjawab ke atas serangan ini. Mereka juga bertanggungjawab mengebom 3 buah gereja sebelum ini yang telah mencatat 504 nyawa telah terkorban. Sila klik tajuk post untuk berita penuh.

Atendan penerbangan mak nyah, Thailand (6 gambar)

Golongan mak nyah atau transeksual di Thailand kini berpeluang menjawat jawatan sebagai atendan penerbangan (baca: pramugari (wanita) atau pramugara (lelaki). Sebuah syarikat penerbangan Thai, PC Air, telah mengupah golongan ini selepas sebelum ini hanya mengupah atendan penerbangan lelaki dan perempuan sahaja. Mengambil iniasitif positif, PC Air mengambil langkah menerima 4 orang atendan transeksual selepas menerima lebih daripada 100 permohonan. Klik tajuk post untuk berita penuh.

Melawat ke kem latihan penyerang berani mati Taliban, sempadan Afghanistan. (8 gambar).

Sebelum ini Blogpedia telah menyiarkan pengalaman jurugambar Barat untuk menyelami dunia Yakuza di Jepun selama 2 tahun. Beliau telah diberi peluang untuk mengambil gambar dan menulis sedikit tentang ritual-ritual dan cara kehidupan minoriti Yakuza tersebut. Kepada yang belum membaca entry tersebut, korang boleh dapatkan ianya di SINI.

Busana Melayu di dalam majlis perkahwinan gay (3 gambar)

Nampak laman web perkahwinan gay ni dekat wall facebook. Amat sayu hati apabila busana Melayu dipakai di dalam majlis perkahwinan songsang ini. Semoga lelaki Melayu ini diluruskan jalan hidupnya. Sila klik tajuk post untuk melihat entry penuh. :)


Kim Jong II, pemimpin negara komunis yang sangat dihormati oleh rakyatnya. (10 gambar)

Pemergian Kim Jong II secara mengejut pada Sabtu yang lepas telah mencetuskan pelbagai emosi di kalangan rakyat Korea Utara mahupun masyarakat antarabangsa. Diktaktor Komunis terakhir di dunia itu telah meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung ketika di dalam perjalanan di dalam sebuah keretapi pada Sabtu lepas. Kim Jong II meninggal pada usia 69 tahun dan kini anaknya yang berusia 28 tahun baru saja diishtiharkan sebagai pemimpin Korea Utara yang baru. SIla klik tajuk post untuk entry penuh.

Melihat sambutan Hari Natal di Baitul Laham Palestin (20 gambar)

Mungkin terlambat sikit hendak wish Selamat Hari Natal kepada pembaca Blogpedia yang merayakannya. Korang hati-hati bila pergi keluar beraya sebab cuaca hujan lebat sekarang ni. Saya pun baru habis bercuti2, jom tengok entry baru tak baru la ni. Rasanya korang dah baca dekat blog lain pun. Tapi lets Blogpedia keluarkan entry pasal perayaan Natal ini.

Untuk entry perayaan Natal ni, saya nak kongsi sedikit info pasal kepercayaan masyarakat beragama Kristian tentang tanah suci Baitul Laham Palestin, di mana mereka mempercayai Baitul Laham merupakan tempat kelahiran bagi Jesus. Sejumlah orang-orang alim saban tahun akan datang melawat dan bersembahyang di Gereja Nativity. Kelihatan persediaan-persediaan petugas akan melakukan tugasan mereka sepanjang lawatan-lawatan dari luar ini. Ada sumber yang mengatakan, Baitul Laham tidak lagi menjadi tempat yang popular yang lawatan sempena perayaan Natal ini disebabkan sekatan dan campurtangan pihak zionis di kawasan ini. Di samping itu juga, terdapat mazhab di dalam agama Kristian tidak merayakan 25 Disember sebagai kelahiran Jesus, tetapi mereka merayakaannya pada 7 Januari pada setiap tahun.

Apapun, jom kita tengok sambutan perayaan Natal di Baitul Laham ini. Sila klik tajuk post untuk melihat entry penuh.

Keganasan ke atas perusuh wanita, isu Timur Tengah. (8 gambar + 1 video)

Barisan hadapan protester gelodak negar Mesir kini disertai juga oleh golongan wanita. Melihat kepada gambar-gambar di bawah, askar dan polis telah melakukan kekerasan secara brutal kepada golongan wanita. Apakah darurat juga membenarkan protester wanita diperlakukan sedemikian. Salah sebuah gambar menunjukkan seorang wanita yang tidak berdaya terlentang di atas tanah dengan keadaan separuh daripada badannya adalah terdedah. Dan seorang tentera lelaki sedang menendang wanita tersebut berulang kali. Detik-detik awal dia telah dipukul berulang kali di bahagian kepala dan badan dengan menggunakan cota logam. Apakah sebab Mesir juga masih menjalani konsep diskriminasi ke atas wanita? Sila klik tajuk post untuk berita penuh.

Hadiah istimewa sempena krismas semasa perang dunia kedua oleh tentera Perancis (3 gambar)

Semasa Perang Dunia Kedua, juruterbang tentera Perancis telah menghasilkan beratus-ratus hadiah krismas berupa permainan kanak-kanak dalam masa tempoh 3 hari untuk diberikan kepada kanak-kanak British. Hal ini telah ditemui oleh penyelidik Muzium Udara Yorkshire melalui gambar-gambar yang telah ditemui. Pada Disember 1944, Lt Lemarchand yang berkhidmat dengan bahagian mekanik Skuadrom Perancis yang berpangkalan di RAF Elvinton, North Yorkshire yang telah mencetuskan idea ini selepas melihat sebuah pokok krismas besar yang telah didirikan di Stesen Keretapi York. Lt Lemarchand dan beberapa orang yang lain telah menghasil mainan buatan tangan sebanyak 204 buah dalam masa kurang daripada 3 hari. Menggunakan alatan minimal seperti pisau cukur, mereka telah bekerja siang dan malam untuk menghasilkan permainan ini untuk diberikan kepada sebuah rumah sakit kanak-kanak York yang terletak hanya beberapa batu dari pengkalan mereka. Sila klik tajuk post untuk berita penuh.

Pesta Seni Kerbau Jantan, China (3 gambar)

Comel je tengok kerbau-kerbau ini diwarnakan. Mula-mula ingatkan replika, tetapi sebenarnya ia adalah kerbau realiti. Inilah yang berlaku di sebuah wilayah Yunnan, China. Ini adalah sebuah pesta kecil oleh sebuah kumpulan minoriti rakyat China yang telah melukis pelbagai bentuk bewarna warni pada badan seluruh badan kerbau masing-masing. Mereka mempercayai lukisan pada lembu jantan ini berupaya untuk melindungi kampung mereka. Sila klik tajuk post untuk berita penuh.