Subscribe

Wednesday, 28 December 2011

Kim Jong II, pemimpin negara komunis yang sangat dihormati oleh rakyatnya. (10 gambar)

Pemergian Kim Jong II secara mengejut pada Sabtu yang lepas telah mencetuskan pelbagai emosi di kalangan rakyat Korea Utara mahupun masyarakat antarabangsa. Diktaktor Komunis terakhir di dunia itu telah meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung ketika di dalam perjalanan di dalam sebuah keretapi pada Sabtu lepas. Kim Jong II meninggal pada usia 69 tahun dan kini anaknya yang berusia 28 tahun baru saja diishtiharkan sebagai pemimpin Korea Utara yang baru. SIla klik tajuk post untuk entry penuh.



Ribuan rakyat menangisi pemergian beliau walaupun negara Korea Utara mengamalkan sistem komunis di dalam masyarakatnya. Berita kematian ini juga mendorong Korea Selatan dan Jepun untuk meletakkan tentera mereka di dalam keadaan berjaga-jaga disebabkan isu rundingan nuklear yang sedang berlangsung. Negara Korea Utara terkenal dengan kemajuan senjata nuklearnya. Pemerhati juga mengatakan tentang isu-isu perjuangan kuasa di sebalik tabir, ketidakstabilan isu nuklear, hubungan di antara tentera dan ahli politik negara serta keraguan kepada kredibiliti penggantinya Kim Jong Un. Beliau dianggap masih belum berpengalaman dan lebih banyak menghabiskan masa di luar negara berbanding di negaranya sendiri.


Kini rakyat Korea Utara masih berada di dalam keadaan berkabung (sehingga 29 Disember) dan Kim Jong II dijangkakan akan dikebumikan pada 28 Disember 2011 di Pyongyang.  Korea Utara menganggap peralihan kuasa Kim Jong II kepada anaknya merupakan sebuah peralihan yang besar kepada prinsip panduan negara yang berdikari. Agensi Berita Pusat Korea Utara berkata semua rakyat mesti menghormati perlantikan ini. Di sudut lain, pasaran saham Asia pula bergerak lebih rendah di samping mengalami keadaan berita yang memungkinkan ketidakstabilan akan meningkat di semenanjung Korea.

Pada September 2010, Kim Jong II telah memperkenalkan anak ketiga beliau Kim Song Un sebagai bakal penggantinya. Kim Jong II telah membentuk negara Korea Utara sebagai negara yang berdikari atau mengikut prinsip 'juche'. Korea Utara disifatkan sebagai negara yang terpencil berbanding negara lain tetapi mempunyai pemimpin yang sangat dihormati oleh rakyat.

No comments:

Post a Comment