Subscribe

Tuesday, 10 January 2012

Pesta memancing ikan di dalam sungai beku, Korea Utara (8 gambar)

Hwacheon merupakan kawasan utama beku di Korea Utara di mana sungai yang beku boleh menjadi setebal 16 inci ketika bulan Januari. Semasa inilah, penduduk di kawasan ini akan keluar beramai-ramai untuk menangkap ikan trout. Hwacheon Sancheoneo Ice Festival merupakan acara tahunan yang disambut ketika musim sejuk dan mampu menarik 1 juta pengunjung setiap tahun. Untuk mempromosikan acara tahunan terbesar ini, pihak pennganjur akan menjalankan pelbagai aktiviti yang menarik tetapi acara memancing ikan di dalam Sungai Bukhangang yang membeku adalah yang paling digemari sekali. Prosesnya adalah muda, peserta hanya perlu membeli pelampung kecil dan mencari lubang di atas sungai beku dan mulakan memancing. Hampir 11, 000 lubang ais sungai beku ditemui setiap kali acara tahunan ini. Manakala 32 tan ikan trout telah dilepaskan ke dalam sungai untuk kemeriahan ini. SIla klik tajuk post untuk berita penuh.


No comments:

Post a Comment