Subscribe

Friday, 30 December 2011

Khinzir tersunyi di dunia, Jepun.


Jurugambar AP, David Guttenfelder telah membuat kerja journalis untuk National Geographic di sebuah kawasan yang telah dicemari dengan bahan nuklear. Di dalam gambar ini, kelihatan seekor khinzir berada di tepi jalan di dalam sebuah kawasan petempatan penduduk pusat bandar Namie yang terletak 6 kilometer dari pusat reaktor nuklear yang telah tercemar. Dilaporkan seluruh penduduk Namie kini telah berpindah untuk mengelakkan dari kesan nuklear yang berbahaya setelah bencana alam gempa bumi telah melanda sebahagian Jepun, tahun 2011.

Hiasan Dalaman: Rekaan dinding kontemporari (6 gambar)

Wall panel yang menarik ini merupakan salah sebuah idea yang menarik dan boleh dipraktikkan bagi mereka yang inginkan kelainan pada dinding rumah, pejabat mahupun bilik spesifikasi yang diinginkan. Yang menariknya, rekaan ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan senang dilakukan. Tak perlu lagi berdepan dengan bau cat dinding yang memeningkan kan? Idea ini diberikan oleh Anne Kyrro Quinn (website). Sila klik tajuk post untuk entry penuh.

Penggayaan mewah dan matang oleh kanak-kanak, majalah Vogue (7 gambar)

Gambar-gambar di bawah pernah mendapat bantahan daripada masyarakat antarabangsa. Majalah Vogue dikatakan telah mengeksploitasi kanak-kanak untuk kepentingan majalah mereka. Tapi dari sudut lain, saya rasa semua dari kita pernah menjadi kanak-kanak seperti di bawah. Memakai alat solek, pakaian ibu, berkasut tinggi sepanjang hari dan macam-macam lagi cara untuk kelihatan seperti wanita bergaya. Mungkin apabila kanak-kanak ini digayakan dalam majalah glamour sudah tentu nampak seperti pengeksploitasian. Walaupun sebenarnya ia adalah jelmaan impian masa lepas tentang setiap dari kita. Sila klik tajuk post untuk entry penuh.