Subscribe

Thursday, 5 January 2012

Melawat ke penjara negara Norway (10 gambar)

Dikatakan, kebanyakan penjara di negara-negara Eropah tidak melaksanakan hukuman mati. Seperti contoh seorang penjenayah bernama Anders Behring Breivik (32 tahun) telah disabitkan kesalahan membunuh ke atas 100 nyawa di Norway hanya akan menjalani hukuman penjara maksimum selama 21 tahun dan akan dibebaskan selepas itu. Ini bermakna dia akan berusia 53 tahun ketika selesai menjalani hukuman maksimum tersebut. Di Norway, penjara maksimum adalah selama 21 tahun SAHAJA.Walaubagaimanapun, mengikut sumber terbaharu, hukuman penjara tersebut boleh dipanjangkan lagi mengikut keadaan semasa banduan terbabit. Contohnya sekiranya banduan tersebut mempunyai masalah mental dan mendatangkan risiko selepas dibebaskan, banduan tersebut akan dihantar ke sebuah institusi penjara yang lain.

Menurut kajian, rakyat Norway mempunyai jangka hayat purata 81 tahun. Ini bermakna, Anders mungkin mempunyai 30 tahun lagi untuk hidup bebas di luar. Yang buat seronoknya ialah fasilitis yang terdapat di dalam penjara. Korang tengok sendiri dengan menekan tajuk post. Seperti sebuah bilik asrama universiti!

Encik Philosoraptor (10)

Wednesday, 4 January 2012

Genetik Ayam Tanpa Bulu Pelepah, Israel (6 gambar)

Kesian pula tengok ayam-ayam ni bila tidak berada di dalam keadaan yang asal. Camana nak survive dari kesejukan ni? Ayam tanpa bulu pelepah ini merupakan hasil kajian seorang pakar genetik dari Israel, Avigdor Cahaner. Beliau telah mencipta genetik ayam tanpa bulu pelepah yang pertama di dunia melalui Institut Rehovot Agronomi berhampiran Tel AViv, PALESTIN. Menurut Avigdor, idea ini dilaksanakan untuk mengurangkan kos untuk memproses daging ayam. Pengusaha tidak perlu mengupah lebih untuk mencabut bulu pelepah sebelum dipasarkan.

Tindakan Avigdor ini mendapat provokasi daripada masyarakat sekitar bahawa perubahan genetik ini tidak memberi manfaat kepada haiwan dan sebaliknya menjadikan haiwan itu lebih teruk keadaannya. Ayam jantan tidak dapat mengawan dengan sempurna disebabkan tidak mempunyai kepak untuk memikat ayam betina. Ayam-ayam ini juga lebih mudah terdedah dengan parasit, penyakit kulit, serangan nyamuk dan variasi suhu serta faktor cuaca yang sesuai.

Walaubagaimanapun hal ini disangkal oleh Avigdor dan mempertahankan pendapatnya bahawa ayam-ayam ini bukan diubahsuai secara genetik dan memberi pendapat bahawa ia datang dari sat baka semulajadi yang mula wujud sejak suku abad yang lepas. Profesor tersebut spesis ini juga boleh membekalkan ayam daging pada kadar yang tinggi. Kajian ini kali pertama didengar sekitar 2002, tetapi setakat ini sudah tiada kedengaran. Kekurangan maklumat terkini di dalam media mengenai ayam ini menunjukkan ciptaan Avignor adalah tidak komersial. Sila klik tajuk post untuk entry penuh.