Subscribe

Wednesday, 4 January 2012

Genetik Ayam Tanpa Bulu Pelepah, Israel (6 gambar)

Kesian pula tengok ayam-ayam ni bila tidak berada di dalam keadaan yang asal. Camana nak survive dari kesejukan ni? Ayam tanpa bulu pelepah ini merupakan hasil kajian seorang pakar genetik dari Israel, Avigdor Cahaner. Beliau telah mencipta genetik ayam tanpa bulu pelepah yang pertama di dunia melalui Institut Rehovot Agronomi berhampiran Tel AViv, PALESTIN. Menurut Avigdor, idea ini dilaksanakan untuk mengurangkan kos untuk memproses daging ayam. Pengusaha tidak perlu mengupah lebih untuk mencabut bulu pelepah sebelum dipasarkan.

Tindakan Avigdor ini mendapat provokasi daripada masyarakat sekitar bahawa perubahan genetik ini tidak memberi manfaat kepada haiwan dan sebaliknya menjadikan haiwan itu lebih teruk keadaannya. Ayam jantan tidak dapat mengawan dengan sempurna disebabkan tidak mempunyai kepak untuk memikat ayam betina. Ayam-ayam ini juga lebih mudah terdedah dengan parasit, penyakit kulit, serangan nyamuk dan variasi suhu serta faktor cuaca yang sesuai.

Walaubagaimanapun hal ini disangkal oleh Avigdor dan mempertahankan pendapatnya bahawa ayam-ayam ini bukan diubahsuai secara genetik dan memberi pendapat bahawa ia datang dari sat baka semulajadi yang mula wujud sejak suku abad yang lepas. Profesor tersebut spesis ini juga boleh membekalkan ayam daging pada kadar yang tinggi. Kajian ini kali pertama didengar sekitar 2002, tetapi setakat ini sudah tiada kedengaran. Kekurangan maklumat terkini di dalam media mengenai ayam ini menunjukkan ciptaan Avignor adalah tidak komersial. Sila klik tajuk post untuk entry penuh.

Rumah Terrarium untuk Pokok Bongsai

Ciptaan Fort Standard ini sememangnya menarik bagi mereka yang menyukai hobi menanam bunga atau pengkhususan penanaman bongsai. Terrarium diperbuat daripada kayu mapel dan berdinding kaca. Manakala terrarium ini berfungsi seperti kaki tripod di mana pada bahagian bawah rumah bongsai boleh diputar-putarkan. Terrarium ini sesuai untuk rumah yang selalu menerima kunjungan tetamu. Ya la, semua maklum bongsai mengambil masa yang lama untuk menjadi benar-benar bersaiz bongsai. Tetamu dapat melihat kecantikan pokok bongsai dari arah luar rumah bongsai. Menarik.

Hiasan Dalaman Sebuah Kedai Bunga (4 Gambar)

Ouch! Wanita dan bunga ataupun hiasan dalaman rumah tidak dapat dipisahkan. Lagi-lagi sekarang ni pun orang lelaki pun suka juga benda-benda macam ni. Kali ini The Blogpedia membawa pembaca untuk melihat hiasan dalaman sebuah kedai bunga. Dengan menggunakan dinding dan lantai kayu, menjadikan kedai bunga ini sangat cozy dan mewah. Di siling, kedai bunga hasil rekaan Denis Belenko ini, dia telah menggunakan lampu grand pendant yang mampu membuatkan kedai bunga ini ada kelasnya tersendiri. Penggunaan cermin see through pada bahagian hadapan kedai dapat menarik minat pembeli untuk masuk ke dalam kedai. Selain daripada itu juga, ia dapat menjadikan ruang dalaman kedai ini seperti ruang yang luas dan selesa. Sila klik tajuk post untuk berita lanjut.