Subscribe

Tuesday, 10 January 2012

Projek Grafiti Wall Terbesar, Montreal (6 gambar)

Selama 16 hari berturut-turut, 5 orang artis dari Montreal telah bertungkus lumus untuk menghasilkan sebuah karya semburan grafiti yang terbesar. Mural yang indah inspirasi dari Mother Nature Esque-Madonna atau dalam versi moden yang dipanggil 'Our Lady Of Grace'. Inspirasi besar oleh Czech Art Nouveau artis Alphonse Mucha, krew-krew ini telah menghasilkan karya massive ini dengan menggunakan 500 tin penyembur warna dan lebih dari 50 jenis warna. Projek yang menarik ini telah menarik perhatian penduduk sekitar di mana pada mulanya mereka beranggapan bahawa ini adalah sebuah mural pengiklanan. Selama 16 hari, kerja-kerja ini telah menarik orang untuk datang ke sana bagi melihat proses penghasilan karya ini. Dan krew-krew ini berharap agar usaha ini dapat diteruskan untuk mencantikkan lagi sekitar bandar tersebut dengan warna-warni mural grafiti yang indah. Sila klik tajuk post untuk melihat berita penuh.

Kamera Holga kini dalam versi digital (10 gambar)

Penggemar kamera jenama Holga kini boleh menikmati Holga D di mana ia telah dicipta dalam bentuk digital. Jom kita tengok review secara gambar, sila klik tajuk untuk berita penuh.

Hiasan luaran rumah di dalam rumah cara Jepun (6 gambar)

Ok, jangan fening-fening. Sebenarnya hiasan ini adalah idea yang direka oleh sebuah firma senibina Jepun Takeshi Hosaksa. Di Yamanashi, rumah ini telah direka berikutan permintaan pelanggan ini membuat hiasan luaran rumah dibawa masuk ke dalam bangunan rumah. Dipanggil sebagai Outside In House, pelanggan menginginkan bunyi-bunyi alam semulajadi apabila masuk ke dalam rumah. Ini merupakan sebuah idea yang menarik bagi mereka yang mencintai kedamaian dan alam semulajadi. Satu aspek yang menarik di mana, reka bentuk ini mempunyai dinding telus dan juga boleh dibuka pada bila masa. Panel dan lantai diperbuat dari binaan kayu serta plot taman kecil di hadapan dan beakang rumah. Terdapat juga bumbung khas yang terbuka dan hanya tingkap akrilik digunakan untuk membenarkan cahaya matahari terus masuk ke kawasan 'semulajadi' tersebut. Sila klik tajuk post untuk entry penuh.